Monday, 16 May 2011
HAPPY TEACHER'S DAY
Sunday, 8 May 2011
Happy Mother's Day
(bukan orang kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan....mak
Bila sedih, aku mesti telefon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....mak
Bila bengang, aku suka luah pada....mak
Bila takut, aku selalu panggil...."mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau....mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni....mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku....mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....mak
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine....aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu....aku ingat pasanganku
Selalu....mak ingat kat aku
Bila-bila....aku akan telefon pasanganku
Entah bila....aku nak telefon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila....aku nak belikan hadiah untuk mak
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Sunday, 10 April 2011
PETUA KECANTIKAN
Miss ieda ada petua untuk melembabkan kulit wajah..Petua ini mengunakan kubis. Caranya adalah dengan mengisarkan kubis menggunakan blender. Tapis dan perah kubis yang telah dihancurkan tadi untuk mendapatkan airnya saje. Kemudian bahan tadi dicampurkan dengan sedikit madu lebah,kalau ada campurkan juga dengan sedikit air kelapa. Sapu ke kulit wajah dan biarkan sehingga ia kering sendiri. Kemudian bilaslah muka seperti biasa.
Petua ini boleh diamalkan setiap 2 hari sekali dalam seminggu.
Minum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah nie adalah 'penambahan' kepada amalan minum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi miss ieda, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan minum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan pada korang minum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan tau.
Petua Kuruskan Badan
Amalkan dua petua "jangan" ini untuk maintain berat badan. Pertama, jangan minum ais langsung, amalkan minum air suam sahaja setiap hari. Kedua, jangan makan melebihi 7.00 malam. Mudah ajer kan. Cuma nk mengamalkannya ajer yang agak berat. Kuatkan semangat, bulatkan tekad, pasti boleh!
PETUA WAJAH BERSIH BERSERI
Petua 1 :
Cuci muka korang dengan air basuhan beras. Miss ieda menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut.
Petua 2 :
Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas.
Petua menghaluskan kulit badan
Petua 1:
Bahan-bahan yang digunakan ialah daun sirih dan beras.
Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan korang halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan korang tue.
Petua 2:
Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Kemudian tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam. Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali. Gud luck!!
Petua Merawat Jerawat Di Wajah
Petua Yogurt
Caranya adalah dengan apply yogurt ke kulit wajah setiap hari sebagai masker. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air mati.
Petua Bawang Putih
Bahan-bahan : Seulas bawang putih (tumbuk), 1 sudu kecil madu, 1 sudu kecil jus carrot dan putih telur dari sebiji telur ayam.
Cara-caranya : Pukul dulu telur putih tersebut sehingga nampak kembang. Kemudian campurkan kesemua bahan-bahan lain dan adunan ini dipukul lagi sehingga betul-betul sebati.Gunakan ramuan tadi hanya pada tempat yang berjerawat sahaja. So takderlah busuk sangat...

