CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 10 April 2011

PETUA KECANTIKAN

PETUA UNTUK MELEMBABKAN KULIT WAJAH


Miss ieda ada petua untuk melembabkan kulit wajah..Petua ini mengunakan kubis. Caranya adalah dengan mengisarkan kubis menggunakan blender. Tapis dan perah kubis yang telah dihancurkan tadi untuk mendapatkan airnya saje. Kemudian bahan tadi dicampurkan dengan sedikit madu lebah,kalau ada campurkan juga dengan sedikit air kelapa. Sapu ke kulit wajah dan biarkan sehingga ia kering sendiri. Kemudian bilaslah muka seperti biasa.

Petua ini boleh diamalkan setiap 2 hari sekali dalam seminggu

PETUA AWET MUDA UNTUK WAJAH

Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh mak atau nenek kita,namun pada pendapat miss ieda la, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Minum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah nie adalah 'penambahan' kepada amalan minum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi miss ieda, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan minum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan pada korang minum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan tau.

MENGGEBU DAN MENCERAHKAN KULIT BADAN

Sental badan korang dengan hampas kelapa yang telah diparut. Apply pada seluruh kulit badan termasuk leher sekali.buat 2 minggu sekali.Hasilnya memang memberangsangkan. Kulit nampak lebih cerah dan bercahaya. Ye la kan, kita nie setiap hari terdedah kepada cahaya matahari dan pencemaran. Terutama sekali bagi korang yang kena bawa kereta sendiri atau naik bas atau naik motorsikal. So, kenalah jaga kesihatan dan kulit kita, baik dari dalam atau luaran.

Petua Kuruskan Badan

Amalkan dua petua "jangan" ini untuk maintain berat badan. Pertama, jangan minum ais langsung, amalkan minum air suam sahaja setiap hari. Kedua, jangan makan melebihi 7.00 malam. Mudah ajer kan. Cuma nk mengamalkannya ajer yang agak berat. Kuatkan semangat, bulatkan tekad, pasti boleh!

PETUA WAJAH BERSIH BERSERI

Petua 1 :
Cuci muka korang dengan air basuhan beras. Miss ieda menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut.

Petua 2 :
Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas.

Petua menghaluskan kulit badan

Petua 1:
Bahan-bahan yang digunakan ialah daun sirih dan beras.
Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan korang halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan korang tue.

Petua 2:
Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Kemudian tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam. Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali. Gud luck!!

Petua Merawat Jerawat Di Wajah

Petua Yogurt

Korang suke yogurt? Hurmmm...miss ieda merupakan salah sorang penggemar yogurt. Yogurt ni, di samping sedap dan menyihatkan, juga boleh dijadikan sebagai bahan untuk merawat jerawat.
Caranya
adalah dengan apply yogurt ke kulit wajah setiap hari sebagai masker. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air mati. 



Petua Bawang Putih

Satu cara lagi kalau korang boleh bau bawang putih, silalah cuba petua ini:
Bahan-bahan : Seulas bawang putih (tumbuk), 1 sudu kecil madu, 1 sudu kecil jus carrot dan putih telur dari sebiji telur ayam.

Cara-caranya : Pukul dulu telur putih tersebut sehingga nampak kembang. Kemudian campurkan kesemua bahan-bahan lain dan adunan ini dipukul lagi sehingga betul-betul sebati.Gunakan ramuan tadi hanya pada tempat yang berjerawat sahaja. So takderlah busuk sangat...

SELAMAT MENCUBA!!!

Petua Mencerahkan Wajah Yang Kusam

Miss ieda ada petua mudah untuk mencerahkan kulit wajah yang dah nampak kusam (mungkin dimamah usia ataupun terlalu banyak terdedah dengan pencemaran)

Petua Pertama :
Pukul sebiji kuning telur dengan 1/2 sudu kecil minyak jagung beserta beberapa titisan air mati. pukul sehingga sebati jerr. Kemudian adunan tadi diletakkan ke seluruh kulit wajah kecuali mata. Lakukan dengan berhati-hati dan lembut. Kemudian kita perlu tidur dengan kedudukan kaki lebih tinggi daripada kepala supaya aliran darah dapat beredar dengan baik. Aliran darah dalam badan yang baik akan membantu menyerikan kulit wajah. 

Tunggu sehingga 5-10 minit. Kemudian bilaslah wajah seperti biasa dengan air mati juga. Air mati ini baik untuk kesihatan kulit wajah. Jadi amalkanlah selalu membasuh wajah dengan air mati.

Petua Kedua :
Petua ini menggunakan jus nenas untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah.Cara-cara untuk menyediakan petua ini adalah dengan mendapatkan jus nenas tersebut (kisar dan tapis untuk mendapatkan jus). Tambahkan sedikit air jika jus tersebut kelihatan terlalu pekat. Petua lain adalah dengan mencampurkan jus nenas ini dengan jus carrot (carrot juga dikatakan dapat mencerahkan kulit wajah). 
Cara nak apply petua ini adalah dengan merendamkan beberapa keping tisu muka ke larutan tadi. Kemudian berbaring dan letakkan tisu muka yang telah direndamkan ke larutan tadi pada muka. Tunggu sehingga 15 minit sebelum membersihkan wajah dengan air suam suam kuku. 

Rutin ini disambung dengan menggosok secara perlahan kulit wajah dengan kain lembut.Cuci semula wajah dengan air suam dan seterusnya dengan air sejuk. Kemudian keringkan wajah sepeti biasa...Air suam dikatakan dapat membuka liang-liang roma dan air sejuk pula dikatakan dapat membantu mengecilkan liang-liang roma. Jadi inilah sebabnya air suam digunakan dahulu sebelum air sejuk.

*Petua yang mudah dan berkesan, malah seronok jika dapat dilakukan selalu.

Petua Memastikan Parut Tidak Meninggalkan Bekas

Bertemu kembali,hari ini miss ieda ada petua untuk menghilangkan parut/memastikan parut tidak meninggalkan bekas. Caranya mudah sahaja :

Dapatkan bunga raya merah. Ambik kelopaknya sahaja dan tumbuk sehingga hancur. Selepas itu sapukan kelopak bunga raya yang telah dihancurkan tadi pada parut di wajah. Biarkan sehingga ia kering sebelum dicuci dengan air suam. Petua ini boleh dilakukan setiap hari terutama kepada korang yang mahu mendapatkan hasil yang cepat.Seperti yang miss ieda katakan tadi, petua ini sangat mudah untuk dilakukan.
Prinsip kecantikan : "Biar payah dan leceh, tapi cara tradisional dan semulajadi adalah cara yang paling mujarab untuk kecantikan" 

Petua Hilangkan Parut

Kat cnie miss ieda ada satu lagi petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut nie mungkin dah ramai yang tahu dan pernah buat.

Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kiralah parut jerawat ke atau parut di badan).

Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi hitam baru nak cari daun lidah buaya... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...