CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 30 May 2011

selamat hari jadi k.long

Hai sume bertemu lagi kita lam ruangan nie..hurmm,hari nie miss ieda nk cite pasal smbutan hari lahir kakak miss ieda yang di adakan semalam,sori la x sempat miss ieda nak cite semalam..hehehe
Semalam miss ieda belanja kakak miss ieda mkn pizza hut tp kitorang bli jekk x makan kt sana pn:)..kitorang sambut besday tanpa papa n mama..Diorang xde sebab diorang pegi jalankn tugas..huhuhu,sdihnye..:(
Hurmmm..nk di jadikan cite,lpas siap kitorang bli,kitorang trus balik tnpa mnyedari yang kitorang tertinggal satu lagi makanan..Sesampainye miss ieda kt umah,kakak miss ieda baru prasan yang kitorang ada tertinggal makanan lagi,huhuhu,terpaksala miss ieda ngan kakak miss ieda pegi balik kt tempat pizza hut tue(nasib baik x jauh)hehehe..rupa2nye,makanan kitorang dah siap cuma kitorang x ambil jekk sbab diorang x kasi lagi,lpas kitorang beredar,diorang baru nak kasi tp kakak miss ieda dah pecut kete balik umah sebab time tue mghrb jd nak sembhyng pnyer pasal la tue yang miss ieda cept2 balik tue..nasib baik diorang simpankn..hehehe,jd dapat gak la kitorang mkn mknn tue..


Mesti korang nak tengok kan gambar time sambutan hari jadi kakak miss ieda hari tue kn,haa..kat bawah nie miss ieda dah letak kan gambar tue. Harap korang enjoy....:) 



















Hurmmm...yummmmmmmmmyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy....

Monday 16 May 2011

HAPPY TEACHER'S DAY






Salam..
Miss ieda kt cnie hari nie nk cte kt korang psal 16 Mei..ermmm..korang tau x knp miss ieda sbut psal 16 Mei?korang tau ke trikh ape tue?
Hari guru??haaaa..betul tue korang..Miss ieda ingtkn korang dh lpa..hehehe..mklum la,msing2 dh keje,dh ada krjya kn..tp d sblik kjyaan korang tue bermula drp skolh,iaitu guru2 korang..jd ingtla jasa guru2 yang pernh mndidik korang tue..

Miss ieda bkn ape,miss ieda bgtau nie sb mak ayh miss ieda pn seorang guru,jd miss ieda tau la mcmne kdaan sseorang guru tue..miss ieda dlu pn ada pnglmn mngjr jugak,wlaupn utk smntra tp sronok...:)

ermm,ape2 pn miss ieda nk ucp slmt hari guru kt guru2 miss ieda d sek.keb.kok lanas,sek.keb.ketereh,smu(a)syamsul maarif(p)pulai chondong,sek.men teknik tanah merah,kt pnsyarah2 kolej islam pahang sultan ahmad shah n kolej mcs banting..

Ok la korang,ape2 pn korang jgn lpa ucp slmt hari guru kt guru2 korang tau,yg pernh mngjr korang@ x..
ok..bye2

Sunday 8 May 2011

Happy Mother's Day

Orang kata aku lahir dari perut mak....
(bukan orang kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak

Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan....mak
Bila sedih, aku mesti telefon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....mak


Bila bengang, aku suka luah pada....mak
Bila takut, aku selalu panggil...."mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau....mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni....mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku....mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....mak

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine....aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu....aku ingat pasanganku
Selalu....mak ingat kat aku

Bila-bila....aku akan telefon pasanganku
Entah bila....aku nak telefon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila....aku nak belikan hadiah untuk mak



Berpandukan petikan dibawah cuba korang renungkan:-

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya.....
Tapi kalau mak sudah tiada.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Artikel Melody ini telah dikirimkan oleh saudara Md Nur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...